Thursday, December 24, 2009

20 Amalan Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah. Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah RA.)

2. Memperbanyakkan istighfar. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas RA.)

3. Meninggalkan perbuatan dosa. Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa mengingati ALLAH. Banyak mengingati Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan kepada kedua IbuBapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah. Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain. Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat. Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat Kebaikan banyak-banyak. Ibnu Abbas berkata:"Sesungguhnya Kebaikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10. Berpagi-pagi. Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin & Mengukuhkan Ikatan Silaturrahim. Nabi s.a.w. bersabda:"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi agar senantiasa kekal dalam keadaan berwudhu'. Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah. Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas RA.)

14. Membiasakan diri bangun bersolat malam (Tahajud). Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha. Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. BerSyukur kepada ALLAH SWT. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat-ayat Suci Al-Quran tertentu. Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya. Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal & Berserah Diri kepada ALLAH Rabbul Jalil. Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:"Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda:"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.




lynord sign
Baca Selanjutnya...

Thursday, December 17, 2009

Zat & Khasiat Susu. Salah Satu Jenis Makanan@Minuman Yang TerBaik Wujud Di Bumi ALLAH SWT Ini.


Susu diperkaya dengan 9 Nutrisi penting yang terdiri daripada Kalsium, Protein, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin B1, Vitamin D, Iron, Zinc and Vitamin B2. Setiap khasiat Susu ini mempunyai kebaikan dan fungsinya yang tersendiri.

Kalsium dalam Susu membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Tahukah anda yang pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur anda mencapai 35 tahun? Jadi kalsium amat penting untuk pertumbuhan tulang yang optimum dan merendahkan risiko Osteoporosis.

Selain Kalsium, Vitamin D dalam Susu juga amat penting untuk merangsangkan penyerapan Kalsium.

Protein dalam Susu merupakan sumber bekalan Asid-Asid Amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok Protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh.

Susu juga kaya dengan Vitamin A yang amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imunisasi yang baik.

Fungsi utama Vitamin B12 termasuklah pembentukan sel darah merah. Sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

Vitamin B1 & B2 pula membantu tubuh menukarkan karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga untuk membekalkan anda tenaga sepanjang hari.

Selain itu, Susu juga mengandungi mineral penting yang lain seperti Zat Besi yang memainkan peranan penting dalam membantu tindakbalas metabolik anda untuk penghasilan sel darah merah manakala Zink untuk menyokong kesihatan sistem imun kita.

Rasulullah SAW meminum Susu, malahan Baginda SAW memujinya kerana Susu memiliki manfaat yang sangat besar dan tidak dapat disamakan dengan minuman atau makanan yang lainnya di Dunia ini.

Dari Ibnu Abbas r.a., beliau menceritakan:

"Bersama Rasulullah SAW, aku dan Khalid Ibnu Al-Walid r.a. menemui Maimunah, lalu dia (Maimunah) membawakan kami satu bejana berisi Susu, lalu Baginda SAW meminum sebahagian darinya. Pada waktu itu, aku berada di sebelah kanan Baginda SAW, sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya. Kemudian Baginda SAW berucap kepadaku, 'selanjutnya minuman ini giliranmu, jika engkau berkenan, berikan kepada Khalid.'
Kemudian Baginda SAW bersabda, "Tidak ada makanan dan minuman yang dapat menandingi Susu."

Antara Jenis Minuman Susu Yang Baik Untuk Manusia:

Susu Ibu.
Susu Kambing.
Susu Lembu.
Susu Unta.
Susu Kuda.

Susu juga merupakan antara makanan Utama & Pertama makhluk-makhluk ALLAH SWT di Muka Bumi ini, termasuk Umat Manusia dan Haiwan, (Maaf, hamba tidak mengetahui samada Susu juga merupakan salah satu dari makanan Utama & Pertama untuk Umat Jin). Bayi manusia yang baru dilahirkan diSusui oleh bondanya, beruang (Omnivor, pemakan daging & tumbuh-tumbuhan) baru lahir diberi minum Susu oleh ibunya, harimau (Karnivor, pemakan daging) baru lahir juga di beri minum Susu oleh mamanya, bahkan lembu & gajah (Herbivor, pemakan tumbuh-tumbuhan) baru lahir juga turut serta diberi minum Susu oleh emaknya.

*Pakar-Pakar Nutrisi Pemakanan di seluruh dunia mengesahkan bahawa, keseluruhan zat & khasiat yang terkandung di dalam semua jenis makanan & minuman di dunia ini, terwujud di dalam Susu. Tetapi, kesemua zat & khasiat yang tersedia ada di dalam Susu, belum tentu terdapat pada makanan-makanan & minuman-minuman yang lain di dunia ini.

Imamul Muhtadin, Saidina Ali Abi Talib k.w. juga ada berkata, "Orang yang banyak meminum Susu, nescaya akan panjang umurnya. Manakala orang yang banyak hutangnya (gemar berhutang, yakni berhutang tanpa ada asbab-asbab yang wajar yang membutuhkan dirinya untuk berhutang), nescaya akan pendek umurnya."

Wallahu'alam...
Baca Selanjutnya...

Friday, December 11, 2009

Warna dan Terapi...


Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti Spectrum Analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di dalam atmosfera dalam sesuatu hari malah dalam sesuatu waktu dan keadaan.

Hasil daripada kajian ini, berikut ialah beberapa contoh penemuan saintifik hasil kajian terhadap warna yang resonan terhadap sesuatu hari. Penemuan ini diterangkan dalam bentuk Human Physiology.

Isnin.

Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.

Selasa.

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.

Rabu.

Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis.

Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat.

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu.

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan).

Ahad.

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.

Defisini Resonan Warna Hari.

Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut.

Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih.
Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink.
Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru.
Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren.
Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau.
Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah.
Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam.

Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.


lynord sign
Baca Selanjutnya...

Facebook kini dengan Publisher Privacy Controls

pagi tadi masa aku bukak facebook, ada perkara baru yang mereka ajar bagaimana nak privasikan post yang kite hantar... aku memang sokong 101% bendalah nie... nak tau kenapa... dalam bebanyak kengkawan yang kite addkan... mesti ada yang kite taknak bagitau dia apa yang kite post... contohnya : kite addkan boss kite, family kite, sedara kite, "kengkawan" kite... selalunya bila kite post update status kite, dorang semua dapat baca... tapi dengan Publisher Privacy Controls, kite boleh post pada yang berkenaan sahaja... nie caranya...






mudah kan... kalau korang tak paham gak... korang leh tengok kat sini (hanya pada sape yang ada ID facebook jek) yang takde tue takyah la... hehe... korang kena explore la untuk memahirkan diri korang... SELAMAT MENCUBA...

sekian, terima kasih...



lynord sign
Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 09, 2009

Sifat-sifat Jin



Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya ..

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... .." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!


10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..



lynord sign
Baca Selanjutnya...

Cara melajukan capaian internet anda

1. Defaultkan wallpaper anda, biarkan kosong. Bagi Windows 98/ME/2K/, default wallpaper ialah warna biru muda. Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper, terutamanya yang berwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig. Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda. Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam, restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties, Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations, Play sounds, Play videos,S how pictures,S mart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.K lik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No... Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa, connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar. Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam dsb...


lynord sign
Baca Selanjutnya...

Tuesday, December 08, 2009

Soalan Licik, Jawapan Cerdik...

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”

Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu Justify Fullmampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning… hehehe.



lynord sign
Baca Selanjutnya...

Bahaya Kod "E" nie...

perhatian kepada semua umat islam di dunia... kalau korang beli makanan samada junk food, snacks ke... pastikan sebelum korang beli, tengok dulu ingredient produk tersebut... kod E tue paling bahaya sekali kalau korang tengok, ianya berasaskan lemak khinzir...




lynord sign
Baca Selanjutnya...

Monday, December 07, 2009

AIRMATA RASULULLAH SAW...


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan..
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.


lynord sign
Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 02, 2009

Maxis dan Facebook Memperkenalkan FB2Mobile

Jika sebelum ini Celcom memperkenalkan fungsi mengemaskini Facebook melalui SMS untuk para pelanggan mereka, kini Maxis turut sama memperkenalkan servis mengemaskini akaun Facebook anda melalui SMS, dan menariknya servis yang dikenali sebagai FB2Mobile ini kini adalah percuma sehingga bulan Februari kelak.

Untuk perkhidmatan yang serupa, Celcom mengenakan caj sebanyak RM1 seminggu, sebaliknya Maxis hanya mengenakan caj sebanyak RM2 sebulan. Walaubagaimanapun, untuk tempoh percubaan sehingga bulan Februari 2010, perkhidmatan SMS Alert disediakan secara percuma. Untuk tidak mengelirukan pengguna, sebarang SMS yang dibalas, masih akan dikenakan caj telco biasa, sebaliknya hanya SMS yang diterima sahaja percuma sehingga Februari 2010.

Ini adalah contoh Penggunaan FB2Mobile dan GPRS Pada Telefon Bimbit

***sila klik gambar untuk tengok dengan jelas...

Perkhidmatan yang masih diperingkat beta ini membolehkan anda dengan mudah mengemaskini status Facebook anda melalui SMS, atau memuat-naik gambar dan imej melalui SMS, selain menerima kemaskini rakan-rakan yang terkini terus ke telefon bimbit anda dengan mudah.

Untuk perkhidmatan ini, Maxis menggunakan kod 23223 (2Face), dan untuk memulakan penggunaannya, anda hanya perlu aktifkan aplikasi Facebook FB2Mobile, dan anda sudah boleh mengawal akaun Facebook anda secara terus dari telefon bimbit anda. Anda juga boleh menetapkan kemaskini yang ingin diterima oleh anda melalui halaman khas pada aplikasi tersebut.

Ianya masih lagi di peringkat beta, dan dibangunkan oleh Maxis dengan kerjasama nPlay Sdn Bhd.

sumber : Blog Amanz


*** korang baca yang aku bold tue... jangan keliru ek...


lynord sign
Baca Selanjutnya...

Tuesday, December 01, 2009

Baca dan Fahami...

Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin
ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal.....


Sumber : emel...
lynord sign
Baca Selanjutnya...

Monday, November 23, 2009

Perodua ALZA???

hari nie, Perodua Sdn Bhd akan melancarkan MPV pertama mereka... setelah lama menahan pengeluarannya yang sepatutnya awal tahun lalu (kasi Proton keluarkan Exora dulu) akhirnya saat² perasmiannya muncul ari nie... sedikit info pasal Perodua Alza nie...

Asal : Toyota Passo Sette @ Daihatsu Luminas
Enjin : 1500 cc
Kapasiti : 7 seater




Perodua Alza 1.5 Price List (Compact MPV):

MANUAL TRANSMISSION:

1. Manual (Standard) – Basic

Harga : RM55,990,
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM693 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM836 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1096 x 5thn @ 3.5%

2. Manual (Premium) – Basic + Accessories*

Harga : RM60,990,
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM755 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM912 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1194 x 5thn @ 3.5%

3. Manual (Advanced) – Basic + Accessories* + Extra Accessories**

Harga : RM67,146
Downpayment : RM6,746
Bulanan1 : RM748 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM903 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1183 x 5thn @ 3.5%

AUTO TRANSMISSION:

1. Auto (Standard) – Basic

Harga : RM58,990
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM730 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM882 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1155 x 5thn @ 3.5%

2. Auto (Premium) – Basic + Accessories*

Harga : RM63,990
Downpayment : Zero
Bulanan1 : RM793 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM957 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1253 x 5thn @ 3.5%

3. Auto (Advanced) – Basic + Accessories* + Extra Accessories**

Harga : RM70,146
Downpayment : RM7,046
Bulanan1 : RM782 x 9thn @ 3.75%
Bulanan2 : RM944 x 7thn @ 3.65%
Bulanan3 : RM1236 x 5thn @ 3.5%

Specifications:

1. Basic
- 15″ Alloy Rims
- Door Visor
- Reverse Sensor
- Underseat Tray
- Carpet Mat
- Anti Slip Mat
- Safety Triangle
- License Plate Holder
- Radio CD Player with MP3/WMA, Multi Info Display
- UV Protected Glass (All Glass)

2. * Accessories
- USB & Bluetooth Stereo,
- Seat Height Adjuster,
- Dual Airbag,
- ABS with EBD &
- Rear Spoiler



lynord sign
Baca Selanjutnya...

Legenda AE86

Adakah Toyota FT-86 mampu menyaingi populariti model legenda AE86?


PADA tahun 1985, Toyota telah melancarkan model Corolla terakhir yang menggunakan pacuan roda belakang. Konfigurasi enjin FF (Front Engine-Front Drive) ketika itu mula mendominasi pasaran dan dianggap paling ekonomikal, ringkas dan boleh dipercayai. Tradisi FR (Front Engine-Rear Drive) tidak lagi dianggap sesuai bagi kereta-kereta penumpang yang dijual untuk mengikut skala ekonomi berasaskan keuntungan modal.


Untuk pasaran luar, siri AE80 itu menerima transformasi yang digelar Corolla LE. Namun tidak ramai yang menyedari bahawa Toyota juga memiliki kereta sports kelas bawahan yang digelar Sprinter Levin dan Truneo.


Model-model itu dikenali dengan kod badan AE86. Dalam bahasa Jepun, ia disebut Hashi-Roku. Pada awalnya, ia merupakan sebuah kereta biasa seperti MR2 atau Mazda Savanna. Namun siri animasi Initial D dengan jalan cerita cukup dramatik telah meletakkan AE86 sebagai model legenda yang diingati ramai.


Aksi drifting dalam initial D mula popular dalam kehidupan realiti anak-anak muda Jepun. Di jalan yang berbukit dan berliku, kereta berpacuan roda belakang itu memasuki selekoh dengan cara menggelongsor atau digelar power slide. Keseronokan pemanduan itu berkait rapat dengan cara mengawal kereta tanpa menyebabkan kereta understeer. Popularitinya yang meningkat saban tahun membawa kepada penganjuran pertandingan yang lebih teratur.


Ia mula diiktiraf sebagai sukan bermotor bertaraf nasional dan dikenali sebagai D1 Gran Prix. Sama seperti AE86 dalam siri animasi tersebut, model itu tiba-tiba menjadi sangat popular baik di Jepun mahupun di negara yang pernah mengimport masuk legenda tersebut.


Malah, di Jepun pada hari ini, sebuah AE86 dalam keadaan baik, harganya boleh mencecah lebih 1 juta yen. Kira-kira RM40,000 sangat mahal untuk sebuah kereta yang berusia lebih 20 tahun.


Beberapa tahun yang lalu dalam majalah BestCar keluaran Jepun, timbul khabar angin bahawa Toyota akan menghasilkan semula AE86 dengan wajah baru. Peminat AE86 berhenti bernafas dan menantikan apakah perkembangan seterusnya.


Namun kegawatan ekonomi yang melanda menyebabkan hala tuju kebanyakan syarikat automotif tidak lagi sama. Walaupun Toyota merupakan pengeluar kereta terbesar dunia hari ini, namun membuat kereta bagi pasaran sekecil AE86 adalah satu perjudian yang terlalu besar untuk diambil.


Guna kepakaran Subaru


Selepas kemasukan Akio Toyoda, cucu kepada pengasas syarikat Toyota dan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Toyota Motor, dunia kembali berpaling kepada Toyota. Tidak lama selepas itu, Toyota mengumumkan model konsep FT-86. Ia bakal mengubat rindu legenda AE86 yang akan diperkenalkan sebagai sebuah model produksi pada tahun 2011.


Tanpa berselindung, Toyota mengumumkan akan menggunakan kepakaran Subaru yang mereka miliki pegangan 16.5 peratus dalam Fuji Heavy Industries.


Toyota dan Subaru mungkin dua pembuat kereta dengan tradisi yang berbeza. Subaru sangat sinonim dengan enjin Boxer dan pacuan empat roda (4WD). Pasarannya juga kecil dan mereka adalah pembuat kereta yang membuat kereta berdasarkan kebebasan juruteranya. Sementara Toyota pula berkaitan dengan konglomerat, keuntungan dan status.


Secara asasnya, FT-86 akan mengekalkan konsep dasar AE86, sebuah coupe dan pacuan roda belakang. Namun reka bentuknya jauh lebih sporty dan agak janggal untuk dipanggil sebagai Corolla. Ia direka di studio Toyota Europe Design Developement yang terletak di Nice, Perancis.


Produksi semula AE86


Sebelum model itu memasuki produksi, ramai yang skeptikal dengan istilah pengganti AE86. Ini kerana FT-86 langsung tidak mencerminkan sebuah liftback ringkas yang melambangkan model legendanya.


Enjin yang bakal digunakan datangnya dari kilang Subaru. Besar kemungkinan enjin boxer yang dihasilkan Subaru itu akan dipasangkan pada FT-86. Tetapi jika ia konfigurasi EJ20 Subaru, maka padanan pacuan yang paling sesuai ialah pacuan kesemua roda (AWD).



Subaru merupakan yang terbaik dalam kalangan pembuat enjin empat silinder dari Jepun apabila berbicara tentang pacuan empat roda. Baik dari segi pembahagian berat, mahupun kesinambungan penghantaran kuasa. Namun, jika ia dipacu empat roda, adakah ia kekal sebagai legenda AE86?


Saya sering ditanya dengan soalan kenapa tidak dikeluarkan semula AE86. Baiklah. Pandangan kita tentang industri berbeza dengan apa yang berlaku secara realiti. Ramai mungkin menyangkakan AE86 akan mendapat sambutan menggila jika dilahirkan semula dalam bentuk asal. Sedangkan dari segi matematiknya, produksi untuk model itu memerlukan modal yang besar untuk diputarkan kembali menjadi kos dan keuntungan.


Era 80-an sangat berbeza dengan hari ini yang piawaian pengeluaran kereta baru sangat ketat. Aspek keselamatan kenderaan dan spesifikasi alam sekitar sahaja sudah memerlukan banyak belanja untuk dipatuhi. Segala bentuk parameter, ukuran dan teknologi pada AE86 yang asal tidak lagi melepasi standard industri hari ini.


Itu belum termasuk isu lebih kecil seperti
keselamatan pejalan kaki di Eropah dan keselamatan tangki minyak di Amerika Syarikat. Seperti yang diketahui, pasaran di kedua-dua benua itu diperlukan untuk mendapatkan jualan awal yang penting bagi membayar semula kos pembikinan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) kereta tersebut.

Krisis pasaran dan identiti


Jika kereta itu menjadi realiti, FT-86 mungkin menghadapi krisis pasaran dan identiti apabila diperkenalkan kelak. AE86 mungkin sinonim dengan Levin dan Trueno. Nama-nama itu masih diguna pakai untuk generasi AE90/AE100 dan AE110.


Namun FT-86 mungkin sedikit janggal jika digelar dengan nama Corolla Levin FT-86. Bunyinya pelik sekali. Kalau tidak kepada umum, mungkin pada masyarakat sukan drift yang mengingati AE86 sebagai legenda yang tidak mungkin dilupakan.



Toyota menyedari bahawa pasaran kereta sebegini masih kecil jika dibandingkan dengan statistik pengeluaran model-model penumpang yang lain. Menduga strategi awal tentang FT-86 mungkin keterlaluan. Tetapi sebuah kereta yang penting seperti itu memerlukan skop pemasaran yang betul agar ia cemerlang seperti lagendanya.


Bermula tahun 2000, nama-nama besar dalam model sports Toyota telah hilang dalam pasaran. Tidak ada lagi jati diri kereta sports murah Jepun yang dapat dilihat pada hari ini. Lihat sahaja pada generasi akhir Celica yang nyata tidak langsung sesuai dengan gelaran Celica yang merupakan legenda Mustang Jepun satu ketika dahulu.


Celica kali ini tidak ubah seperti Vios yang dipendekkan menjadi coupe dengan kit badan merapu. Prinsip asas sudah hilang. Itulah yang menyedihkan tentang perkembangan automotif Jepun hari ini. Jelas kelihatan, kereta-kereta hari ini dipengaruhi oleh pasaran. Bukan teknologi, idea, jiwa dan keghairahan jurutera yang tulen.



Sumber : Kosmo! Online




lynord sign
Baca Selanjutnya...